1. Nabi melarang umatnya minum berdiri.
Ini kerana ternyata secara
perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer.
Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita
berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila
kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana
tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing,
boleh menyebabkan penyakit batu karang.
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.
Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan
tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan
menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang menyebabkan
penyakit jantung dan masalah perut tidak selesa.
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh.
Ini kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang
lemak-lemak degil dalam badan.
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan
minum air.
Ini kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam
badan dan menyebabkan badan berangin.
“ Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW.
Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara
beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah ”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.